About

Azrie Nasrie Fotografie adalah label untuk identiti dan Karya saya,Bermula dari tahun 2006 saya telah berkecimpung didalam medium ini.Berlatar belakangkan jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, saya memulakan langkah berkarya dan bercerita didalam gambar ini kerana saya punyai minat didalam seni begitu mendalam dan sebelum ini saya juga pernah dan punya hobi didalam melukis.

Seni..mungkin ramai berpendapat seni itu subjektif..apa saja, medium ini luas..bagi saya apa jua yang berhadapan saya..apa yang saya nampak dan apa yang boleh diterapkan didalam sekeping gambar itu adalah Seni untuk saya bila berkarya. Saya seorang fotografer yang meminati seni teknikal berfoto lanskap dan pencahayaan.

“Alert”..perkataan yang selalu digunakan oleh mana-mana fotografer senior dari saya semasa melatih saya didalam bidang ini. Ianya bermaksud kita sentiasa tumpu pada subjek, latarbelakang dan juga moment..kerana dari segala aspek inilah akan datang hasilnya sesebuah gambar yang menarik.

Foto perkahwinan adalah sebahagian dari kerjaya saya didalam bisnes, Anda juga boleh mendapatkan khidmat saya sebagai fotografer anda dihari Bersejarah anda..saya juga menerima perkhidmatan Jurugambar untuk Majlis Akad Nikah, Cukur Jambul, Bertunang, Hari Ulang Tahun, Korporat dan sebagainya.

Anda juga boleh menghubungi saya terus di talian 019-4400634 | 017-5500634 dan email kepada saya di azrienasrie@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.


Terima Kasih,

Azrie Nasrie

Principal Photographer

“Don’t shoot with your eyes, but shoot with your heart and mind”